Powered By Blogger

Sabtu, 1 Mac 2014

Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat

" assalamualaikum....saya ingin bertanya ttg waktu solat yg diharamkan...Apakah boleh solat hajat atau sebarang solat sunat dilakukan pada waktu sesudah solat asar?hal ini disebabkan terdapat hadis yg menyatakan solat sunat atau solat2 yg lain kecuali solat jenazah,tidak boleh dilakukan pada waktu selepas asar hingga matahari tenggelam. "

Jawapan:

Wa'alaikumussalam. Benar Haram mengerjakan solah sunat selepas asar kerana sebabnya yang kemudian seperti solah hajat, . Manakala sebabnya yang terdahulu harus dilakukan seperti solah qada', tahiyyatul masjid, solah janazah, solah sunat qabliah asar dan subuh yang tidak sempat dilakukan sebelumnya.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan