Powered By Blogger

Ahad, 2 Mac 2014

Apa Itu Santau

Santau merupakan satu diantara cabang sihir yang berperingkat tinggi. Tujuan santau ialah untuk memudaratkan si mangsa sehingga membawa maut. Sihir santau menggunakan bahan racun makanan / minuman yang dijampi dengan mantera-mantera sihir. Pengamal sihir sanggup menerima upah bagi membunuh orang yang dimaksudkan. Perbuatan yang dilakukan oleh pengamal sihir dapat disamakan seperti pembunuh upahan.

Racun santau diberi kepada mangsa melalui zahir atau angin. Ada tiga jenis racun santau, iaitu benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
-Bahan Miang / Gatal diantaranya ialah miang rebung, miang tebu, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini akan merasa gatal di tekak, manakala badannya akan merasa bisa.
-Bahan Bisa pula diperolehi dari bahan racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa katak puyu, bisa getah ipuh, bisa akar kayu dan sebagainya.
-Bahan Pedih membuat mangsa terasa luka, berdarah dan akhirnya maut. Bahannya adalah kaca, tali sabut, kuku binatang, kulit lipan / lipas, benang dan rambut.



Kesan Santau ke atas Mangsa:

Tanda-tanda awal mangsa terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak, disertai dengan batuk yang berlarutan. Batuk ini berlainan dari batuk biasa, kerana ianya batuk kering yang akan berlaku pada waktu-waktu yang tertentu sahaja seperti antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Mangsa juga akan merasa pening kepala, lesu, demam, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, tidak berupaya berfikir seperti biasa.

Setelah beberapa hari atau minggu, mangsa akan muntah darah akibat luka atau kerosakan organ-organ dalaman. Apabila batuk sampai ke tahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur nanah atau kaca. Mangsa akan rasa bau busuk keluar dari saluran tekaknya.


Kesan-kesan santau yang lain adalah:
-Mangsa akan merasa lenguh sendi di bahagian lutut dan pinggang.
-Sakit di bahagian tengkuk.
-Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, muka pucat dan letih badan.
-Senang menjadi marah atau panas baran.
-Kuku mangsa akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menandakan pesakit sudah sampai ke tahap kritikal. Ia juga akan merasa kebas di kaki dan tangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan