Assalamaualaikum kepada pembaca yang budiman...
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi degan limpah kurnianya maka pada kali ini kita dapat lagi berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat berguna dalam kehidupan kita.
Para Pembaca Sekalian,
Bebalik pada tajuk yang telah saya nyatakan di atas sebentar tadi iaitu AL QURAN SEBAGAI PENAWAR,terlebih dahulu saya ingin memberi apakah makna al quran itu sendiri.
"Al Quran ialah suatu kitab ataupun wahyu yang diturunkan oleh ALLAH kepada Rasulullah melalui perantaraan jibri yang mana kitab ini mengandungi pelbagai jawapan kepada semua masalah yang ada di dinia ini dan menjadi petunjuk bagai orang yang beriman"
Al Quran Sebagai Penawar
Firman Allah dalam surah al isra' ayat 82
'Kami turunkan al quran itu menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman"
Oleh itu ayat diatas jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa al quran memang boleh dijadikan penawar kepada semua penyakit jasmani dan rohani.
Disini saya berikan panduan yang mudah untuk kita jadikan al quran itu sebagai penawar bagi penyakit yang dihadapi :
1.Surah al Fatihah\
2.Ayat Kursi
3.Surah Al ikhlas
4.Surah Al Falaq
5.Surah An Nas
baca surah dan ayat diatas pada segelas air dan ditiupkan pada air tersebut lantas air tersebut diminum dan diniatkan agar menjadi penawar bagi penyakit yang dihadapi.
"Selamat Mencuba"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan