Allah S.W.T merupakan sebaik-baik pencipta dan sebaik-baik perancang.Tidak ada lagi yang mampu menandingi kuasa Allah S.W.T tidak kira manusia ataupun jin.Allah maha berkuasa atas apa yang dikehendakinya.
Peristiwa yang melanda Negara kita pada 8 mac yang lalu sangat memberikan kita keinsafan bagi orang-orang yang mahu berfikir.Telah banyak usaha yang dilakukan,namun pesawat MAS MH 730 masih belum ditemui lagi.Ini menunjukkan bahawa Allah maha berkuasa atas apa yang terjadi.Banyak Negara yang bergabung dan bersatu untuk mencari pesawat yang hilang namun tidak lagi masih dijumpai kemanahkan pesawat tersebut menghilang.Teknologi yang canggih telah pun digunakan dalam mengesan pesawat tersebut namun jawapannya tetap sama masih belum ditemui.
Berbaliklah kita pada Allah S.W.T degan istilah :"Apabila kita berusaha,maka serahlah semuanya pada Allah" kalimah ini sering bermain dibibir orang-orang alim yang mana mengatakan kta telah banyak menggunakan alatan canggih namun pesawat berkenaan masih belum ditemi lagi walaupun banyak Negara yang mengkerahkan pihaknya untuk mencari disetiap sudut tidak kira didarat mahupun di lautan namun pesawat MAS MH 370 masih belum dijumpai lagi walaupun sudah masuk seminggu para petugas bertungkus-lumus mencari pesawat bekenaan tanpa kenal erti penat dan kecewa namun pesawat MAS MH 370 masih belum ditemui lagi.
Hari ini,setiap kali menjelang malam ataupun siang,di masjid-masjid,di surau-surau mahupun di sekolah-sekolah bersama-sama berdoa dan melakukan solat hajat bagi menjayakan misi pencarian Pesawat MAS MH 370 ini agar ditemui secepat mungkin.Moga-moga apa yang terjadi ini memberi 1001 hikmah dan pengajaran bagi kita semua.
"Teruskan usaha mencari pesawat bekenaan agar misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 terungkai jua" amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan