Sebenarnya terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan oleh manusia untuk menaikkan darjatnya,namun begitu pada post ini saya hanya akan memfokuskan salah satu daripada amalan tersebut. Amalan tersebut adalah berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Memang telah diyakii bahawa amalan berselawat kepada Rasulullah adalah antara amalan sunat yang sepatutnya banyak dilakukan kerana selawat adalah antara amal ketaatan yang paling afdal dan amal yang piling mulia yang dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH.
Oleh itu terdapat satu hadis yang menyatakan amat lah rugi bagi orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
Maksudnya : "tidak duduk suatu kaum di suatu majlis sedangkan mereka tidak berselawat ke atas rasulullah di majlis tersebut,melainkan mereka akan mengalami penyesalan,sekalipun mereka masuk ke dalam syurga kerana mereka melihat pahala berselawat"
Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan berselawat kerana ianya dapat menjadikan kita senang di akhirat kerana dapat memperoleh syafaat daripada RASULULLAH S.A.W
Tiada ulasan:
Catat Ulasan