Powered By Blogger

Sabtu, 15 Mac 2014

Hujan Membawa Rahmat

Alhamdulillah marilah kita semua memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana telah menurunkan hujan yang mana memberi 1001 kegembiraan kepada kita semua.Sudah terlalu lama Negara kita mengalami musim kemarau yang berpanjangan yang telah menjadikan air-air sungai di sesetengah kawasan menjadi kering-kontang dan ikan-ikan mati.

    Kemarau yang melanda Negara kita beberapa bulan ini telah menyebabkan banyak perkara yang berlaku.Antaranya ialah menyebabkan terjadinya keringnnya air di sungai,lantas telah mengurangkan sumbur air yang dibekalkan oleh pihak Syarikat air kerana air yang ditapis kering akibat panas yang terlalu terik.


Alhamdulillah sekian lama kita berdoa dan bersabar dengan ujian yang diberi,akhirnya pada 15 mach allah telah menurunkan hujan yang memberi banyak manfaat kepada kita semua.

   

Hikmah Dalam Musibah (MAS MH 370)

Allah S.W.T merupakan sebaik-baik pencipta dan sebaik-baik perancang.Tidak ada lagi yang mampu menandingi kuasa Allah S.W.T tidak kira manusia ataupun jin.Allah maha berkuasa atas apa yang dikehendakinya.

    Peristiwa yang melanda Negara kita pada 8 mac yang lalu sangat memberikan kita keinsafan bagi orang-orang yang mahu berfikir.Telah banyak usaha yang dilakukan,namun pesawat MAS MH 730 masih belum ditemui lagi.Ini menunjukkan bahawa Allah maha berkuasa atas apa yang terjadi.Banyak Negara yang bergabung dan bersatu untuk mencari pesawat yang hilang namun tidak lagi masih dijumpai kemanahkan pesawat tersebut menghilang.Teknologi yang canggih telah pun digunakan dalam mengesan pesawat tersebut namun jawapannya tetap sama masih belum ditemui.

    Berbaliklah kita pada Allah S.W.T degan istilah :"Apabila kita berusaha,maka serahlah semuanya pada Allah" kalimah ini sering bermain dibibir orang-orang alim yang mana mengatakan kta telah banyak menggunakan alatan canggih namun pesawat berkenaan masih belum ditemi lagi walaupun banyak Negara yang mengkerahkan pihaknya untuk mencari disetiap sudut tidak kira didarat mahupun di lautan namun pesawat MAS MH 370 masih belum dijumpai lagi walaupun sudah masuk seminggu para petugas bertungkus-lumus mencari pesawat bekenaan tanpa kenal erti penat dan kecewa namun pesawat MAS MH 370 masih belum ditemui lagi.

Hari ini,setiap kali menjelang malam ataupun siang,di masjid-masjid,di surau-surau mahupun di sekolah-sekolah bersama-sama berdoa dan melakukan solat hajat bagi menjayakan misi pencarian Pesawat MAS MH 370 ini agar ditemui secepat mungkin.Moga-moga apa yang terjadi  ini memberi 1001 hikmah dan pengajaran bagi kita semua.

"Teruskan usaha mencari pesawat bekenaan agar misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 terungkai jua" amin.....

Jumaat, 14 Mac 2014

Keutamaan BERZIKIR

Keutamaan Zikir

1. Apabila kamu melewati taman-taman surga makan dan minumlah sampai kenyang. Para sahabat lalu bertanya, "Apa yang dimaksud taman-taman surga itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Kelompok zikir (Kelompok orang yang berzikir atau majelis taklim)." (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
 
2. Menyebut-nyebut Allah adalah suatu penyembuhan dan menyebut-nyebut tentang manusia adalah penyakit (artinya penyakit akhlak). (HR. Al-Baihaqi)
 
3. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, kalau kamu selamanya bersikap seperti saat kamu ada bersamaku dan mendengarkan zikir, pasti para malaikat akan bersalaman dengan kamu di tempat tidurmu dan di jalan-jalan yang kamu lalui. Tetapi, wahai Handhalah (nama seorang sahabat) kadangkala begini dan kadangkala begitu. (Beliau mengucapkan perkataan itu kepada Handhalah hingga diulang-ulang tiga kali). (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
 
4. Rasulullah Saw menyebut-nyebut Allah setiap waktu (saat). (HR. Muslim)
 
5. Perumpamaan orang yang berzikir kepada Robbnya dan yang tidak, seumpama orang hidup dan orang mati. (HR. Bukhari dan Muslim)
 
6. Nyanyian dan permainan hiburan yang melalaikan menumbuhkan kemunafikan dalam hati, bagaikan air menumbuhkan rerumputan. Demi yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya Al Qur'an dan zikir menumbuhkan keimanan dalam hati sebagaimana air menumbuhkan rerumputan. (HR. Ad-Dailami)
 
7. Dua kalimat ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan dan disukai oleh (Allah) Arrohman, yaitu kalimat:  "Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil 'Adzhim" (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha suci Allah yang Maha Agung). (HR. Bukhari)

8. Ada empat perkara, barangsiapa memilikinya Allah akan membangun untuknya rumah di surga, dan dia dalam naungan cahaya Allah yang Maha Agung. Apabila pegangan teguhnya "Laailaha illallah". Jika memperoleh kebaikan dia mengucapkan  "Alhamdulillah", jika berbuat salah (dosa) dia mengucapkan "Astaghfirullah" dan jika ditimpa musibah dia berkata   "Inna lillahi wainna ilaihi roji'uun." (HR. Ad-Dailami)
 
9. Maukah aku beritahu amalanmu yang terbaik, yang paling tinggi dalam derajatmu, paling bersih di sisi Robbmu serta lebih baik dari menerima emas dan perak dan lebih baik bagimu daripada berperang dengan musuhmu yang kamu potong lehernya atau mereka memotong lehermu? Para sahabat lalu menjawab, "Ya." Nabi Saw berkata,"Zikrullah." (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

10. Menang pacuan "Almufarridun". Para sahabat bertanya, "Apa Almufarridun itu?" Nabi Saw menjawab, "Laki-laki dan wanita-wanita yang banyak berzikir kepada Allah." (HR. Muslim)

Penjelasan:
Almufarid ialah orang yang gemar zikrullah dan selalu mengamalkannya dan tidak peduli apa yang dikatakan atau diperbuat orang terhadapnya.
 
11. Seorang sahabat berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak bagiku. Beritahu aku sesuatu yang dapat aku menjadikannya pegangan." Nabi Saw berkata, "Biasakanlah lidahmu selalu bergerak menyebut-nyebut Allah (zikrullah)." (HR. Ahmad dan Tirmidzi)
 
12. Sebaik-baik zikir dengan suara rendah dan sebaik-baik rezeki yang secukupnya. (HR. Abu Ya'la)
Penjelasan:
Rezeki yang secukupnya artinya yang cukup untuk memenuhi kebutuhan dan keperluan dan tidak berlebih-lebihan.

13. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, apa keuntungan dan keberuntungan yang diperoleh dari majelis zikir (majelis taklim)?" Nabi Saw menjawab, "Keuntungan dan keberuntungan yang diperoleh dari majelis zikir (majelis taklim) ialah surga." (HR. Ahmad)
 
14. Tiada amal perbuatan anak Adam yang lebih menyelamatkannya dari azab Allah daripada zikrullah. (HR. Ahmad)



Khamis, 13 Mac 2014

Isu Kehilangan Kapal Terbang MH370 MAS

Baru-baru ini,negara kita digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang dikatakan hilang dan tidak ditemui sehingga kini.Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan oleh beberapa buah Negara yang telah dikerahkan untuk berada di kawasan yang mana telah dikatakan pesawat tersebut terhempas.

   Kehilangan yang penuh dengan tanda Tanya ini amatlah merungsingkan banyak pihak terutamanya pihak yang mana ahli keluarganya yang menaiki pesawat tersebut pada tarikh yang dilaporkan hilang.

   Sehingga kini,pesawat berkenaan masih belum lagi dijumpai oleh pihak yang menjalankan operasi  mmengesan serta mencari kapal terbang tersebut.Oleh yang demikian,saya menyeru dan berharap kepada para pembaca post ini agar marilah kita semua menadah tangan dan berdoa kepada Allah agar memberi petunjuk kepada pasukan mencari dan menyelamat agar menjumpai pesawat tersebut ke manakah ia menghilang.

Jumaat, 7 Mac 2014

Pengisian Khutbah Jumaat

Alahamdulillah syukur pada Allah kerana pada hari ini Allah masih memberikan nafas untuk saya menjalani kehidupan buat hari yang tersangat mulia iaitu hari Jumaat.Pada post ini sya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai tajuk yang dikhutbahkan ketika saya berada di masjid tengahhari tadi.

Apa yang difokuskan oleh khatib ketika menyampaikan khutbahnya ialah dia menyentuh mengenai isu yang sangat diperkata-katakan pada saat kini iaitu musim kemarau.Allah S.W.T sebenarnya bukan menurunkan ataupun memberi ujian kepada kita semua dengan keadaan kemarau yang berpanjangan yang mengakibatkan pelbagai masalah yang dihadapi ketika musim ini,sebagai contoh kita sering mendengar di kaca telivesyen iaitu kebakaran hutan.Musim kemarau telah menjadikan hutan yang sangat luas boleh terbakar dengan sekelip mata tanpa ada orang yang membakarnya.Contohnya baru-baru ini,kita mendengar mengenai kebakaran yang berlaku di Hutan Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Para Pembaca Sekalian,

    Apa yang bermain di fikiran kita sekarang ini adalah mengapa Allah menurunkan kemarau yang berpanjangan ini??? ai hanya dapat kita ungkapkan dengan 1 sebab sahaja iaitu "Balasan daripada Allah kepada kita manuia terhadap dosa-dosa yang kita sering lakukan" . Allah tidak menurunkan hujan kerana ingin mengembalikan kita hambanya yang mana kebanyakkannya sering melakukan dosa dan noda di atas muka buminya ini.Allah sebenarnya hendak memberi peringatan kepada kita agar tinggalkan dosa-dosa yang lalu dan kembalilah kepadanya.

     Oleh yang demikian,Wajarlah kita sebagai hambanya yang hina yang sering melakukan dosa dan noda ini sujud kembali kepadanya dengan mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala apa yang dilarangnya.Perbanyakkanlah beristighfar kepada ALLAH agar suasana kemarau yang diturunkan kepada kita kembali berkurang dan lantaran itu hujan menuruni  menyimbah bumi yang terlau panas ini.

Rabu, 5 Mac 2014

Doa Menduduki Peperiksaan

Alhamdulillah setelah selesai mengulang kaji pelajaran,  selalunya pelajar akan kurang rasa tertekan di hatinya dan bertambah motivasi (tak sabar2) untuk menduduki peperiksaan.  Kalau boleh esok juga nak ambil. Berbanding pelajar2 yang tidak serius dan menganggap peperiksaan jauh lagi selalunya mereka pada waktu ini masih mengalamun. Dan akhirnya tidak dapat mengulang kaji semua pelajaran menyebabkan emosi tidak stabil dan jiwa tidak tenteram.
Kepada anak2 walid, pada waktu ini perbanyakkan latihan, tengok balik soalan2 walid beri. Perbanyakkan juga solat hajat dan bacaan yassin. Jaga pemakanan dan kesihatan.
Di sini walid sertakan bacaan doa yang boleh dijadikan amalan semasa menjawab nanti.
Kredit kepada Salehhuddin Wasli atas perkongsian doa.
 
 
 

Pentingnya Solat

    Solat merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ia menjadi kefarduan kepada setiap orang islam.Apabila seseorang itu bergelar islam,maka wajib baginya untuk menunaikan kewajipan untuk melaksanakan solat lima waktu sehari.

    Bertepatan degan firman Allah dalam al quran yang bermaksud :

          "Kami ciptakan manusia dan jin untuk beribadah kepada Allah"

oleh yang demikian,ayat di atas tersangatlah jelas menunjukkan kepada kita bahawa allah menciptakan manusia bukan untuk bersuka ria,tetapi menciptakan manusia untuk menunaikan ibadah kepada allah.

    Melaksanakan kewajipan bersoalat lima waktu amatlah penting dan tidak boleh dimain-mainkan serta diabaikan begitu saja,Solat amat penting bagi menentukan seseorang itu hidupnya berpandukan allah ataupun tidak,

terdapat ulamak yang mengatakan bahawa,seseorang islam yang tidak mendirikan solat,mka kafirlh dia.

OLEH ITU JANGAN TINGGALKAN SOLAT

Isnin, 3 Mac 2014

Muhasabah Diri

     Dalam menjalani kehidupan yang sangat mencabar ini,kita manusia yang dikaakan sering malakukan dosa haruslah mengamalkan amalan bermuhasabah diri sebelum tidur.

    Berfikir apa yang kita lakukan sepanjang hari tersebut adalah amat baik kerana ingin menjadikan kita insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan pada hari tersebut.

Oleh itu keluarkanlah air matau itu atas nama keinsafan mengenag kembali dosa-dosa yang telah kau lakukan,mudah-mudahan air mata yang keluar itu akan memadamkan api neraka yang ingin membakar kamu nanti.

Ahad, 2 Mac 2014

Apa Itu Sihir

Sihir adalah amalan ghaib dengan menggunakan khidmat jin untuk tujuan tertentu. Ia ditujukan kepada mangsa (secara tersembunyi) untuk menyakitkan tubuh, mempengaruh hati / akal fikiran dan memudaratkan kehidupan seharian. Untuk tujuan silap mata pula, pengamal sihir “magician” akan menggunakan khidmat jin / syaitan untuk mengelirukan penonton.

Sihir (ilmu hitam) adalah perjanjian (pakatan) diantara jin dan pengamal sihir (misalnya bomoh, dukun). Dalam perjanjian ini, si pengamal sihir akan mentaati setiap pemintaan jin (syaitan) dengan cara “ritual” seperti membakar kemenyan, menghidangkan darah / bangkai binatang, membakar / memijak Al-Quran, selalu berada dalam keadaan junub dan lain lain perbuatan syirik.

Dalam sesi “ritual” / perubatan sihir, pengamal sihir sering melakukan tindakan yang pelik-pelik:
-Seperti menjampi perkataan-perkataan yang tidak diketahui maknanya.
-Menurun semasa sesi “ritual” (Pengamal sihir tidak sedar diri).
-Menggunakan dan memberi tangkal (seperti gelang, cincin, keris, batu) sebagai pendinding.
-Meminta makanan seperti pulut kuning, ayam, kemenyam, beras, rokok sebagai “pengeras”.

Pengamal sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya. Ketika jaga, mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

Ilmu sihir juga dikenali sebagai "black magic, voodoo atau sorcery". Di dalam media barat (West) terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang. Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter. Pada zaman moden ini, teknik dan kaedah ilmu sihir diubahsuai secara kreatif menerusi alat teknologi (lelaman internet, handphone).

Di dalam Al-Quran terdapat banyak kisah mengenai sihir pada zaman nabi-nabi terdahulu. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 102, maksudnya “… mereka membelakangkan kitab Allah dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibaca oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, pada hal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir dengan amalan sihirnya; kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir”.

Sihir juga telah berleluasa sejak dari zaman Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, Ayat 63-69.


Jenis Jenis sihir & Kesannya ke atas mangsa:

Sihir Memukau / Sihir Hipnotis: Memukau atau Hipnotis membuat manusia tidak sedar dan keliru dengan apa yang berlaku. Misalnya:
-Manusia melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
-Benda yang kecil dilihat menjadi besar atau sebaliknya.
-Semasa pertunjukan “magic”, kain atau api berubah menjadi burung.
-Untuk Hipnotis pula, mangsa akan menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan si pengamal walaupun tidak dengan kerelaan hati.
-Mangsa berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

Sihir memukau / hipnotis boleh berlaku ke atas mangsa melalui:
-Hembusan nafas / asap rokok.
-Tenungan mata.
-Perbualan / jampi dari penghantar.
-Minuman yang dijampi.
-Handphone (percakapan dan sms).
-Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah mangsa.


Sihir Pemisah: Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang. Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.

Contohnya dalam sihir pemisah untuk suami isteri, jin-jin akan berada di dalam tubuh pasangan suami isteri hinggalah tercapai matlamat si penyihir itu untuk memisah pasangan itu. Jin-jin boleh berada di dalam tubuh mangsa bertahun-tahun lamanya, beranak pinak dalam tubuh manusia dan bilangan mereka boleh mencapai puluhan dan ratusan. Matlamat jin dan pengamal sihir akan tercapai sekiranya suami isteri berkenaan bercerai.


Sihir Tundukkan Pasangan: Amalan ini digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami. Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir “tundukkan pasangan” supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.


Sihir Pengasih (Pemikat): Sihir pengasih boleh berlaku sekiranya si mangsa terkena minyak yang dijampi tukang sihir (seperti minyak pengasih / minyak dagu). Ianya akan buat mangsa:
-Berubah secara spontan dari benci kepada suka pada si penghantar.
-Asmara cinta yang keterlaluan terhadap dan cenderung melakukan hubungan seksual.
-Rindu bayang yang berlebihan.
-Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
-Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.


Sihir Tuju-Tuju: Tukang sihir menghantar tuju-tuju bagi menguji ilmu kebatinan orang lain. Misalnya, tuju-tuju dihantar sebagai tanda tidak senang kepada orang asing yang baru masuk ke kawasan kampung. Tuju-tuju biasanya dihantar pada waktu malam sekitar pukul 12 tengah malam. Ini adalah waktu yang sesuai kerana ia adalah waktu tidur dan orang yang dikenakan itu mungkin sudah tidur dan tidak berwaspada.Tuju-tuju terbang sekadar ketinggian pokok kelapa dalam keadaan mendatar.Ia kadangkala bergerak seperti bebola api yang mengeluarkan cahaya. Mengikut persumpahan ilmu ini, tuju-tuju akan jatuh dan misi tuju-tuju itu gagal sekiranya ada orang yang terlihat ketika ia sedang terbang.

Sama ada tuju-tuju itu berhasil ataupun tidak, ianya bergantung kepada izin Allah s.w.t dan takdir ketentuanNya.

Apa Itu Santau

Santau merupakan satu diantara cabang sihir yang berperingkat tinggi. Tujuan santau ialah untuk memudaratkan si mangsa sehingga membawa maut. Sihir santau menggunakan bahan racun makanan / minuman yang dijampi dengan mantera-mantera sihir. Pengamal sihir sanggup menerima upah bagi membunuh orang yang dimaksudkan. Perbuatan yang dilakukan oleh pengamal sihir dapat disamakan seperti pembunuh upahan.

Racun santau diberi kepada mangsa melalui zahir atau angin. Ada tiga jenis racun santau, iaitu benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
-Bahan Miang / Gatal diantaranya ialah miang rebung, miang tebu, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini akan merasa gatal di tekak, manakala badannya akan merasa bisa.
-Bahan Bisa pula diperolehi dari bahan racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa katak puyu, bisa getah ipuh, bisa akar kayu dan sebagainya.
-Bahan Pedih membuat mangsa terasa luka, berdarah dan akhirnya maut. Bahannya adalah kaca, tali sabut, kuku binatang, kulit lipan / lipas, benang dan rambut.



Kesan Santau ke atas Mangsa:

Tanda-tanda awal mangsa terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak, disertai dengan batuk yang berlarutan. Batuk ini berlainan dari batuk biasa, kerana ianya batuk kering yang akan berlaku pada waktu-waktu yang tertentu sahaja seperti antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Mangsa juga akan merasa pening kepala, lesu, demam, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, tidak berupaya berfikir seperti biasa.

Setelah beberapa hari atau minggu, mangsa akan muntah darah akibat luka atau kerosakan organ-organ dalaman. Apabila batuk sampai ke tahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur nanah atau kaca. Mangsa akan rasa bau busuk keluar dari saluran tekaknya.


Kesan-kesan santau yang lain adalah:
-Mangsa akan merasa lenguh sendi di bahagian lutut dan pinggang.
-Sakit di bahagian tengkuk.
-Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, muka pucat dan letih badan.
-Senang menjadi marah atau panas baran.
-Kuku mangsa akan berwarna hitam kebiru-biruan. Ini menandakan pesakit sudah sampai ke tahap kritikal. Ia juga akan merasa kebas di kaki dan tangan.

Pengenalan Walimatulurus

Mengadakan jamuan pada hari perkahwinan yang dikenali sebagai WALIMATULURUS bukan menjadi kebiasaan,tetapi ia adalah amalan yang disuruh dan sunat dilakukan.

      Sabda Rasulullah S.A.W

"Berwalimahlah engkau walaupun dengan seekor kambing"


walimah itu boleh diadakan pada waktu akad nikah atau selepasnya atau kedua-dua suami isteri itu bercampur.ataupun mengikut adat setempat.

           "Rasulullah menjemput para sahabatnya menghadiri majlis walimahnya apabila setelah dia telah mencampuri isterinya zainab.

Hukum menghadiri walimah adalah wajib.Bertepatan dengan sabda nabi dalam satu hadisnya yang bermaksud :

           "Apabila kamu diundang ke majlis walimah,maka HENDAKLAH KAMU DATANG"


Antara syarat yang mewajibkan seseorang itu untuk menghadiri walimah ialah :

1. Dalam majlis itu tidak ada perkara yang haram atau mungkar seperti menyediakan minuman yang memabukkan.

2. Tidak SAKIT

3. Tidak HUJAN

4. Tidak didahului oleh undangan yang lain,sekiranya terdapat undangan yang lain,maka kita terlebih dahulu untuk menghadiri undangan yang pertama selepas itu barulah yang berikutnya.

5. Tidak mempunyai perbezaan makanan mengikut darjat.

Sabtu, 1 Mac 2014

Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat

" assalamualaikum....saya ingin bertanya ttg waktu solat yg diharamkan...Apakah boleh solat hajat atau sebarang solat sunat dilakukan pada waktu sesudah solat asar?hal ini disebabkan terdapat hadis yg menyatakan solat sunat atau solat2 yg lain kecuali solat jenazah,tidak boleh dilakukan pada waktu selepas asar hingga matahari tenggelam. "

Jawapan:

Wa'alaikumussalam. Benar Haram mengerjakan solah sunat selepas asar kerana sebabnya yang kemudian seperti solah hajat, . Manakala sebabnya yang terdahulu harus dilakukan seperti solah qada', tahiyyatul masjid, solah janazah, solah sunat qabliah asar dan subuh yang tidak sempat dilakukan sebelumnya.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Persoalan Tentang Syiah

  

syiah ialah satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Penyelewengan ajaran Syiah boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu
penyelewengan dari sudut akidah, syariah dan umum. D antara penyelewengan
dari sudut akidah ialah khalifah diwasiatkan secara nas, Imam adalah
maksum, bersifat taqiyyah, penyanjungan yang terlalu tinggi terhadap
Saidina Ali, mengkafirkan para sahabat Rasulullah, menuduh Abu Bakar,
Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai 4 berhala Quraish serta pengikut-
pengikut mereka adalah musuh Allah. Penyelewengan dari sudut syariah ialah
menolak ijmak ulama, menolak Qias, mengamalkan nikah mut'ah. Sementara
penyelewengan umum ialah menziarahi kubur Saidina Husin ganjarannya
syurga, menyeksa badan sempena 10 Muharram, menghina isteri-isteri nabi
dan mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan. Untuk keterangan
lanjut sila dapatkan buku Penjelasan Terhadap Fahaman Syiah terbitan JAKIM
tahun 1996.
Golongan Syiah (Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah) adalah golongan
yang tidak termasuk dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Ini kerana akidah dan
syariah yang dihayati oleh mereka adalah berbeza dengan ASWJ.Antara
perbezaannya adalah seperti berikut:
- Khalifah diwasiatkan secara nas.
-Imam adalah maksum
-Berpura-pura
- Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
- Mengkafirkan para sahabat Rasullah
- Menghalalkan nikah Mutah
-Menolak Ijmak Ulama'
- Menolak Qias
-Menambah syahadah
-Menolak hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah
- Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
- Islam bukan syarat wajib haji.
Oleh itu saudari hendaklah berhati-hati dengan fahaman tersebut, agar
saudari tidak terlibat dengannya.
Golonga Syiah terbahagi kepada banyak kumpulan, ada yang melakukan perkara yang boleh membawa kepada kekufuran seperti mengkufurkan sahabat dll dan ada yang sebaliknya dibawah ustaz sertakan soalan dari Syiah. Walaupun fatwa menyatakan dua jenis syiah yang masih dianggap Islam. Jika ada pengikut syiah yang mengkafirkan saidina Abu bakar, Aisah, Saidina Umar, Hafsah dan sebagainya mereka tetap kufur dan terkeluar dari Islam walaupun mereka adalah Syiah Jaafariah atau Zaidiah. Sebahagian besar Syiah Jaafariah ramai yang mengkafirkan sahabat nabi s.a.w. Ini yang menimbulkan masaalah dalam hubungan antara ummat Islam khasnya sunnah dan syiah..  dan dibawah ustaz sertakan jawan berkaitan dengan utk mendapat gambaran sebenar tentang Syiah.....

(Tajuk Soalan) Umat Sunni Ini Sebenarnya Telah Kafir Semuanya....

Soalan
Dari segi akidahnya....
Sunni itu sesat lagi kafir kerana mereka enggan beriman kepada ayat2 alquran
yang menceritakan tentang keberadaan IMAM2 dari keturunan ahlulbait Nabi
Ibrahim a.s yang hukumnya wajib diTaati.

Firman Allah Taala maksudnya..
"Ingatlah ketika kami telah selesai menguji Ibrahim dengan beberapa kalimat (perintah
untuk menyembelih anaknya Ismail) lalu Kami telah berfirman kepadanya "Sesungguhnya
Kami telah melantik engkau menjadi IMAM" lalu Ibrahim berdoa kepada Tuhann

Jawapan

Ustaz percaya kefahaman saudara adalah menyeleweng dari landasan Islam yang sebenar dan menunjukkan kedangkalan kefahaman saudara tentang ayat al-Quran. Jika saudara perhatikan dalam ayat tersebut Allah menggunakan lafaz "kaf" pada "jaailuka" menunjukan ganti nama khas untuk Ibrahim sahaja tetapi bukan semua keturunannya. Saudara perlu banyak mendalami Al-Quran. Banyak kesesatan yang boleh dicungkil tentang IMAM yang saudara percaya contohnya ketika Saidina Ali membaiah Abu Bakar, Umar dan Uthman timbul persoalan "Adakah Saidina Ali membaiah dengan wahyu (Mengikut Syiah) atau dengan Ijtihadnya sendiri?". Bahkan lebih dari itu Saidina Ali menamakan anak-anaknya dengan nama Abu Bakar bin Ali, Umar bin Ali dan Uthman bin Ali, jika sekiranya Saidina Ali membenci dan memusuhi, apatah lagi mengkafirkan ketiga-tiganya maka dengan sebab itu dia menamakan anak-anak kesayangan nya dengan nama itu??? Adakah dikalangan orang Syiah yang menamakan anaknya kesayangannya dengan Bush umpamanya apabila dia membenci Bush?? Cuba saudara bayangkan jika orang Syiah membenci Yazid bin Muawiah adakah dia akan menamakan anak kesayangannya dengan Yazid kerana kebenciannya itu??? Adakah akal boleh menerimanya??? . Ketika Saidina Hasan @ Husin membaiah Muawiyah timbul persoalan "Adakah Saidina Hasan dan Husin bin Ali membaiah dengan wahyu (Mengikut Syiah) atau dengan Ijtihadnya sendiri?".Jika saudara jawab dengan wahyu ini menunjukkan Muawiah benar, Jika di jawab dengan Ijtihadnya ini menunjukkan Ijtihad IMAM silap dan bertentangan dengan akidah Syiah yang percaya Imam itu maksum!.
Ustaz rasa saudara buta sejarah dan buta tentang sejarah dunia serta sejarah keturunan manusia.... Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman juga sepertimana Saidina Ali adalah dari keturunan Nabi Ibrahim yang dari keturunan Quraish dan dari keturunan Ismail dan dari keturunan Ibrahim. Jika Saidina Ali dah Baiah seorang dari keturunan Ibrahim sebagai khalifah pertama dan juga membaiah Saidina Umar dan Uthman yang juga dari keturunan Ibrahim apa yang menjadi masaalahnya? Saidina Ali dah bagi baiah kepada 3 orang itu maka kita menerima baiah itu, dengan senang hati. Jika keturunan Ibrahim yang menjadi isu maka ianya telah selesai. Jika saudara menyebut wajib mentaati Imam dari keturunan ibrahim berdasarkan ayat di atas maka WAJIB SAUDARA MENTAATI ABU BAKAR, UMAR DAN UTHMAN YANG DARI KETURUNAN IBRAHIM YANG TELAH DI BAIAAH OLEH SAIDINA ALI. Sebagaimana saudara mentaati saidina Ali itu sendiri.
Ustaz bimbang tentang tuduhan kafir yang saudara sebutkan di atas TELAH terkena kepada batang hidung saudara sendiri sebab Nabi bersabda "Sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin SESUNGGUHNYA DIA TELAH KAFIR". Justeru jangan mudah mengkafirkan golongan yang mengucap syahadah. Saudara WAJIB  bertaubat atas dosa besar tersebut ini kerana tempat yang pasti bagi seorang kafir seperti golongan yang mengkafirkan orang Islam yang lain atau mengkafirkan sahabat adalah neraka. Sikap saudara di atas menunjukkan itulah sikap sebenar seorang Syiah terhadap Ahli Sunnah sehingga menghalalkan darah sesama Islam. Alangkah jahatnya sikap seumpama itu!!!. oleh sebab itulah sebenarnya adalah mustahil untuk ahli sunnah menghilangkan perbezaan dengan golongan yang mengkafirkan ahli sunnah dan juga mengkafirkan para sahabat yang mulia yang dijanjikan syurga oleh Nabi s.a.w. dan diberi pengampunan oleh Allah S.W.A sebagaimana ahli Badar dll.
Sila renung perkara di bawah bagaimana Saidina Ali dan keturunannya selepas itu ramai menamakan anak dan cucu mereka dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah sebagai penghargaan dan kecintaan mereka kepada sahabat yang agung iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah r.a ajmain. (Berbeza dengan Syiah pada hari ini). Ringkasannya adalah seperti berikut:
Saidina Ali menamakan 3 orang anaknya dari 14 orang dengan diberinama Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Manakala Saidina Hassan menamakan dua orang dari anaknya  dengan Abu Bakar dan Umar.
Manakala Saidina Hussin menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Manakala Saidina Zainul Abidin (Anak Saidina Husin) menamakan dua dari anaknya dengan Umar dan Uthman.
Imam Baqir menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Iman Jaafar Sadik menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.
Imam Musa Qazim menamakan dua orang dari anaknya dengan Abu Bakar dan Umar.

Manakala tentang nama Aisah Ummul Mukminin
Iman Jaafar Sadik menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Musa Qazim menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Ali Raza menamakan anaknya dengan Aisah.
Imam Ali An-Naqi menamakan anaknya dengan Aisah.
Saidina Ali juga mengahwini anaknya Ummi Kalsum kepada Saidina Umar perkahwinan itu juga di persetujui oleh Saidina Hassan dan Hussin yang telah dewasa pada ketika itu dan membenarkan perkahwinan adiknya itu. Adakah akal boleh menerima bahawa Saidina Ali, Hasan dan Husin akan membenarkan perkahwinan itu jika Umar bukan seorang mukmin? Adakah saidina Ali, Hasan dan Husin (Yang merupakan Imam di sisi Syiah) akan bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dan adiknya dengan seorang yang bukan mukmin sejati dan dan dilaknat oleh Allah? Dan mereka akan menamakan keturunan mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah???.
(CATATAN:  pandangan Syiah hari ini bahkan dari dahulu lagi terhadap Saidina Umar dan melaknat Saidina Umar dan mengkafirkannya!!! ADALAH PERKARA WARISAN DAN AKIDAH DAN KEPERCAYAAN yang banyak dalam buku-buku Syiah. Mengkafirkan Saidina Umar atau Aisah banyak terdapat dalam buku-buku tulisan Syiah samaada kitab-kitab lama yang muktabar atau baru di sisi Syiah. Semua orang Syiah menegentahui perkara ini dan mereka mempercayainya, Justeru itu mustahil untuk kita berkerjasama dengan mereka yang seumpama ini dalam kepercayaan akidah mereka. Khomeni sendiri menganggap Abu Bakar dan Umar sebagai "Dua berhala Qurish!!!" )
Semua sumber ini terdapat dalam buku sejarah termasuk juga buku-buku rujukan di sisi penganut Syiah.
Allah berfirman  "SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEREDHAI AKAN PARA MUKMIN (SAHABAT) KETIKA MANA MEREKA MEMBAIHKAN ENGKAU DI BAWAH POKOK". dalam ayat ini ada 2 perkara penting
1)- Allah REDHA tentang sahabat yang ada dalam baiaah Ridwan.
2)- Allah menyebut mereka itu sebagai MUKMININ.
JIKA ALLAH MENYATAKAN 1)- ALLAH REDHA DAN MENYATAKAN MEREKA ITU SEBAGAI 2)-MUKMININ MACAM MANA SYIAH BOLEH KATA MEREKA ITU KAFIR??? Siapa yang kita perlu ikut pandangan Syiah atau Firman Allah??? Apa hukumnya jika menolak Firman Allah itu???? Ulamak sepakat bahawa sesiapa yang menolak Firman Allah adalah golongan yang kufur dan Murtad dari Islam, Kufur dan Murtad dari agama Allah!!!!! Semoga Allah memelihara kita semua dari kekufuran!!!!.
Antara sahabat yang ada di situ adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman Dan Saidina Ali. kesemua mereka ada dua sifar yang dijanjikan Allah 1)- ALLAH REDHA DAN  2)-MUKMININ.
Allah berfirman ALLAH REDHA, TAKKAN saudara lebih besar dari tuhan, takkan mana-mana ulamak Syiah lebih besar dan utama dari tuhan???? Saudara nak masuk Syurga mana? Syurga milik ulamak Syiah ke? atau Syurga Allah??? Siapa saudara nak ikut??? Ikut Allah ke ikut Ulamak Syiah????
Adapun Riwayat yang kata Umar bunuh Fatimah adalah Riwayat palsu dalam buku yang di palsukan dan di tulis atas nama Muslim bin Qutaibah seorang pejuang/ panglima Islam yang membuka Khurassan dan Asia Tengah.jika tidak takkan Saidina Ali juga akan mengahwini anaknya Ummi Kalsum kepada Saidina Umar selepas peristiwa itu berlaku??? Perkahwinan itu juga di persetujui oleh Saidina Hassan dan Hussin yang telah dewasa pada ketika itu dan membenarkan perkahwinan adiknya itu. Adakah akal boleh menerima bahawa Saidina Ali, Hasan dan Husin akan membenarkan perkahwinan itu jika Umar bukan seorang mukmin bahkan pembunuh Isteri dan Ibu mereka Fatimah????? Adakah saidina Ali, Hasan dan Husin (Yang merupakan Imam di sisi Syiah) akan bersetuju untuk mengahwinkan anaknya dan adiknya dengan seorang yang bukan mukmin sejati dan dan dilaknat oleh Allah? bahkan pembunuh Isteri dan Ibu mereka Fatimah????? Dan mereka akan menamakan keturunan mereka dengan nama Abu Bakar, Umar, Uthman dan Aisah???. Sempena nama pembunuh ibu mereka????? Jika berlaku pada saudara, adakah saudara akan namakan anak saudara dgn nama pembunuh yg bunuh ibu saudara???? Kemudian saudara akan kahwinkan anak kesayanganh saudara dengan pembunuh itu selepas peristiwa itu berlaku??? Bahkan adakah juga saudara akan melakukan semua perkara di atas jika dia seorang yang kafir dan dilaknat Allah????? sebagaimana mengikut pendangan Syiah hari ini terhadap Saidina Umar????
Apa yang saudara nak percaya? Riwayat palsu atau Nas Al-Quran (Sebab kedua-duanya bertentangan)? Allah sebut Allah REDHA, TAKKAN saudara lebih besar dari tuhan, takkan mana-mana ulamak Syiah lebih besar dan utama dari tuhan???? Saudara nak masuk Syurga mana? Syurga milik ulamak Syiah ke? atau Syurga Allah??? Siapa saudara nak ikut??? Ikut Allah ke ikut Ulamak Syiah????
Ummat Islam dikalangan ahli sunnah sama sekali tidak boleh menerima penghinaan terhadap Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Ummul Mukminin Aisah dan Ummul Mukminin Hafsah r.a ajmain. Ummat Islam akan mempertahankan mereka dengan darah dan nyawa mereka dengan sebab itu sebagaimana mempertahankan Saidina Ali. Apatah lagi jika mengkafirkan mereka atau mengkafirkan sebahagian mereka. atau Menjadikan kutukan kepada sahabat dan Ummul mukminin sebagai ritual dalam kehidupan sebagaimana yang di buat oleh orang Syiah hari ini. Mencerca Saidina Umar secara umum di khayalak ramai dengan berpesta, bahkan mengkafirkan Saidina Umar adalah perkara lumrah dikalangan Syiah. Tiada khilaf dikalangan ulamak sesiapa mengkafirkan orang mukmin adalah kafir apatah lagi jika mengkafirkan Saidina Umar. Justeru panel menyeru Ummat Islam bangkit menentang golongan Syiah yang mengkafirkan ummat Islam (seperti kes di atas), termasuk mengkafirkan Saidina Umar yang dijanjikan Syurga oleh Nabi s.a.w (Nabi menjanjikan syurga untuk saidina Umar tetapi Syiah boleh mengkafirkannya??? Siapa yang lebih besar Nabi atau ulamak Syiah???) dan mengkafirkan Aisah Ummul Mukminin isteri nabi yang amat dicintainya serta tidak bertolak ansur dengan mereka selagi nyawa kita di kandung badan.
Org Syiah menuduh Aisah dengan macam2 sedangkan Aisah adalah Ahlul Bait yang di sucikan Allah lihat Firmannya
“Dan hendaklah kamu (para isteri Nabi SAW) tetap diam di Rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti Yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu – Wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji)”

Ini membawa maksud bahawa Ahlul Bait adalah isteri2 Rasulullah s.a.w. termasuk Aisah Ummul mukminin dan Hafsah Ummul mukminin. Soo siapa yang benar ulamak Syiah yang menghina Aisah atau Allah yang menyucikan Aisah? Oleh sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur dengan golongan yang jelas telah menyimpang dari ajaran Al-Quran dan menentang Allah dan Rasulnya dengan pasti. Semoga Allah memelihara kita dari golongan Syiah yang menyeleweng ini dan dari kekufuran, setelah kita berada dalam agama Allah yang sebenarnya. Amin!.
Perkataan Imam di atas bukannya merujuk kepada taraf Imam (Wilayah) di sisi Syiah tetapi adalah kemuliaan kerana kedudukannya dan kefaqihan mereka yang diakui seperti imam-imam yang lain, yang hebat seumpama Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Nawawi, Imam Ghazali dan sebagainya.

Wahabi

" antara pendapat pengikut wahabi ialah menolak bidah samada hasanah atau tidak. adakah ia sudah terkeluar dari ahlusunnah wal jamaah ..." ?????


Jawapan:

Ia tidak terkeluar dari pengikut pahaman ahli al-sunnah wal-al-Jamaah,
utk maklumat bidaah lihat di bawah (dinukilkan di  no 4)....
Ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Kenyataannya adalah tidak boleh diterima dan banyak keraguan berkaitan dengan ajaran nya. Ustaz pernah membaca bukunya dan mendapati banyak fakta yang diselewengkan dengan sengaja atau kerana kejahilannya contohnya beliau menyatakan Imam Syafie kata Tahlil haram, apabila diselidikli buku yang dinyatakan terbukti bahawa Imam Syafie tidak pernah menyebutkan bahawa tahlil itu haram. Ini adalah antara bentuk pembohongan ilmiah yang dilakukan. Beliau tidak dapat membezakan antara "makruh tahrim" dalam mazhab Syafie dengan istilah "Makruh tahrim" dalam mazhab Hanafi. Bagainmana seorang yang dianggap ulamak boleh tidak tahu (jahil) tentang perbezaan antara keduanya. Beliau banyak mengemukakan fakta yang hanya mengikut hawa nafsunya sahaja, sebagai contoh beliau mengaggungkan iman Nawawi rahimahullah dalam perkara yang sesuai dengan kehendak/ pemikiran atau nafsunya (Sila rujuk buku-buku beliau). Tetapi mendiamkan / menyembunyikan fakta kepada awam tentang pembahagian bidaah kepada 5 bahagian iaitu wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang ditulis oleh Imam Nawawi dalam syarah muslim dan juga yang diambil dari Syeikh Izzuddin bin Abdul Salam. Beliau membuat kutipan yang salah tentang dua jenis bidaah yang dinyatakan oleh Imam Syafie. Berdasarkan dari semua fakta-fakta di atas dan juga fakta-fakta yang lain (yang tak sempat dinyatakan di sini) adalah jelas tentang keraguan dan kemampuan beliau dalam menyampaikan ilmu dengan amanah dan jujur. Apatah lagi untuk menjadi seorang yang disifatkan oleh nabi "Ulamak itu pewaris nabi" . Menyembunyikan ilmu adalah adalah sesuatu perkara yang amat ditegah dalam Islam "sesiapa yang menyembunyi ilmu, akan dikekang (mulutnya) dengan kekangan api neraka". Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi s.a.w pun tak pernah mengharamkan perbuatan itu. Dan tidak ada hadis Nabi mengharamkan ummatnya membaca Yasin pada bila-bila masa termasuk untuk membaca Yasin pada malam Jumaat sahaja. Jika Nabi tidak mengharamkannya (tiada hadis yang mengharamkannya) bagaimana mereka boleh kata ianya haram?  Siapakah ikutan mereka?
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya berdasarkan hadis riwayat BUKHARI "Solatlah kamu sebelum Magrib, Solatlah kamu sebelum Magrib bagi sesiapa yang hendak melakukannya". Menunjukkan sunat dan bukan wajib.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya. Ini adalah berdasarkan Nabi solat dua rakaat ketika masuk masjid di hari Jumaat, Solat dua rakaat tersebut adalah khilaf di kalangan ulamak kepada 3 pendapat 1)- ada yang kata Nabi hanya solat sunat tahayyatul masjid. 2)- Nabi solat sunat sebelum Jumaat. 3)- Nabi Niat dua-dua sekali iaitu niat solat sunat tahayyatul masjid dan solat sunat sebelum Jumaat. Semuanya ada alasan di sisi ulamak begitu juga dengan hadis-hadis yang lain berkaitan dengan solat sunat mengiringi solat fardhu.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7). Mengharamkan penggunaan tasbih ketika berzikir dan menyatakan ianya termasuk dalam bidaah yang sesat di sisi golongan ini, sedangkan dalam Mazhab Syafie mengharuskannya.
8)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Lebih menarik mereka menyatakan tahlil dilarang oleh Imam Syafie, sedangkan di zaman Imam Syafie tiada tahlil. Imam Syafie hidup pada kurun ke-2 hijrah sedangkan tahlil di buat oleh ulamak Yaman dengan mengumpul zikir-zikir dari hadis-hadis Nabi s.a.w pada kurun ke-4 hijrah. Oleh itu hujah mereka bahawa Imam Syafie mengharamkan tahlil adalah satu pembohongan yang nyata.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tidak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah atau mempunyai hujah yang tidak merangkumi hadis-hadis sahih secara sempurna seperti kefahaman mereka tentang hadis bidaah yang akan dibincangkan nanti. Mereka akan tetap mempertahankan pendapat yang lemah itu (Alangkah ganjilnya sikap mereka ini!). Sedangkan Ibn Taimiah sendiri pun umpamanya dalam bukunya Iqtidak As-Sirat Al-Mustaqim membolehkan merayakan Maulud Nabi yang dianggap oleh mereka sebagai bidaaah, sesat dan masuk neraka. Adakah mereka hendak menuduh Ibn Taimiyyah (Guru mereka) dengan tuduhan ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Jika mereka menggap guru yang  mereka sanjung sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka (kerana membenarkan maulid) kenapa mereka menggunakan hujah dari seorang yang mereka anggap sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka untuk mempertahankan pandangan mereka? dan banyak mengambil hujah/fatwa dari guru yang mengikut tuduhan mereka adalah ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Di bawah ini ustaz sertakan perbahasan ASWJ dan isu yang timbul yang berkaitan dengan apa yang mereka bawa dan kesilapan fahaman mereka tersebut. Selain dari itu JAKIM telah mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh mereka kerana terdapat pelbagai penyelewengan ilmiah yang dilakukan dan boleh menjerumus kepada kesesatan.
ASWJ adalah satu lafaz yang berasal dari satu hadis dimana nabi S.A.W menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semua masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya "siapakah mereka?" Jawab baginda "Mereka yang mengikut aku dan sahabatku" dari hadis inilah keluarnya perkataan ASWJ. Sunnah merujuk kepada Nabi S.A.W manakala Jemaah merujuk Para Sahabat yang ramai. Jesteru sesiapa yang mengikut nabi dan sahabat akan selamat juga yang mengikut ulamak yang bersifat sebagai pewaris nabi.
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hanya golongan yang mengikuti al-quran, hadis serta apa yang dibawa oleh para sahabat akan selamat dari api neraka. Jesteru itulah ramai kumpulan dikalangan umat Islam mendakwa mereka ASWJ. Namun hakikatnya hanya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan hadis sebagaimana pegangan para sahabat akan selamat. Secara ringkasnya sesiapa yang mengikuti manhaj al-quran dan hadis akan selamat di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W ".....kamu sekali-kali tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnahku"
Apa yang berlaku dikalangan umat Islam ialah perbezaan pandangan/ tafsiran / kefahaman di dalam pentafsiran hadis nabi S.A.W dan nas al-Quran, INI TIDAK MENJEJASKAN MEREKA SEBAGAI ASWJ. Masaalah yang lebih kronik berlaku apabila satu kumpulan umat Islam mendakwa mereka ASWJ dan menafikan yang lain, ini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman mereka tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan ketaksuban kepada kumpulan masing-masing serta masih memegang dengan "benang basah" walaupun jelas dalil-dalil syarak dan hadis tidak menyebelahi mereka.
Banyak athar-athar selain hadis dan al-Quran yang mungkin tidak dikatahui oleh orang awam yang jalil dan tidak mendalami agama sehingga menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang salafus soleh yang awal. Ustaz mencadangkan saudara cuba memahami contoh hadis di bawah dan fahami ertinya dengan dada yang terbuka untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya mungkin tidak sesuai dengan fahaman/ kepercayaan /arahan atau kehendak mana-mana individu sekalipun di atas mukabumi ini.
Benar kata saudara bahawa kita wajib ikut Firman Allah dan Sabda Nabinya di sini saya bawakan bebarapa Isu mengenainya

1)- Dimanakah Allah
Jawapannya Allah ada dimana-mana (Tidak bertempat dengan tempat yang khusus) termasuk di atas langit, di atas Aaras dll sebab ayat Al-quraan jelas menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Sesiapa yang menolak ayat ini hukumnya kufur dan murtad dari agama Allah.
Nabi bertsabda “Adalah Allah dan tidak ada sesuatupun selainnya” – Bukhari
Jelas di dalam hadis ini menyatakan Allah wujud secara Qadim sebelum adanya langit atau aras atau makhluk atau tempat. Allah yang mencipta tem[at dan Allah tidak memerlukan tempat.
Berkata Imam Baihaqi dalam kitabnya “Asmaa’ was sifat”  : Berhujah sebahagian sahabat kami pada menafikan tempat bagi Allah dengan dalil sabda Nabi “Engkaulah Allah tuhan yang zahir dan tidak ada atasmu sesuatu,  Engkaulah Allah tuhan yang batin dan tidak ada sebelummu sesuatu” Apabila tiada atasnya sesuatu dan sebelumnya sesuatu maka ini beerti tiada “makan” baginya. Hadis ini juga menolak Jihah bagi Allah.
Berkata Saidina Ali “Adalah Allah telah wujud (secara Azali) dan tidak ada “makan” baginya, dan Allah sekarang berada sebagaimana keadaannya dahulu” Diriwayat oleh Abu Mansur Al-Bagdadi.
Berkata Syeikh Zainuddin As-Shahir Ibn Nujaim Al-Hanafi katanya “ Dan KUFUR orang yang mengithbatkan “makan” bagi Allah taala, Jika dia berkata Allah di langit, sekiranya dia berniat untuk menyatakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis maka tidak kufur, tetapi jika maksudkan “makan” maka kufur”.
Lihatlah Firman Allah adalah jelas Allah dimana-mana, termasuk langit dan Arash, Begitu juga hadis sahih begitu juga kata-kata Saidina Ali adalah jelas oleh itu sesiapa yang mengikuti salaf wajib beriman dengan semua ayat Al-Quran termasuk yang menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Bagaimana keadaannya hanya Allah yang tahu.

2)- Tentang sifat Allah.
Ia boleh ditakwil dan boleh dikekalkan. Ada tempat yang wajib di takwil berdasarkan apa yang Rasullah s.a.w dan para sahabat memahaminya iaitu Firman Allah “segala sesuatu diatasnya hancur dan yang kekal hanyalah “wajah” tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan”  Perkataan “wajah” itu difahami oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat sebagai zat bukan hanya “wajah” tanpa di takwil. Jika tanpa takwil mungkin ada yang mamahami bahawa semua yang selain “wajah” adalah hancur termasuk “yad” dan “rijl” yang ada pada Allah dan disebut di dalam Hadis dan Al-Quran. Jika ini yang difahami maka ianya akan membawa kepada KEKUFURAN. Rasullah s.a.w dan para sahabat memahami “wajah” itu adalah zat Allah dalilnya ketika turun Firman Allah “Palingkanlah “wajah” kamu ke arah Masjidil Haram” Rasullah s.a.w terus berpaling dengan segenap tubuhnya bukan sekadar wajahnya sahaja. Sebab rasullah s.a.w faham bahawa “wajah”  bermaksud zat. Dan semua para sahabat tidak bertanya Rasullah s.a.w kenapa tidak “wajah” sahaja?. Sebagaimana fahaman sebahagian manusia hari ini yang menyatakan wajah hanyalah wajah sahaja.
Jesteru itu kita wajib beriman dengan apa yang datang dari Allah dan nabinya jangan kita ikut ulamak dalam perkara yang jelas bercanggah dengan nas syarak , beriman secara membabi buta tanpa dalil yang pasti bahkan bercanggah dengan nas yang sorih. Contohnya apabila manusia kata tuhan di langit adakah kita hendak menolak firman Allah “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Jika sekadar percaya Allah di langit dan menolak dua firman Allah itu, adakah dia masih seorang Islam? Yang mana pilihan kita pandangan manusia atau Al-Quran?. Ulamak mentakwilkan yang di maksudkan dengan langit itu ialah lambang ketinggian dan kemuliaan. Bukannya percaya sebahagian nas dan menolak nas yang lain. Ikutlah mana-mana pandangan ulamak yang tidak bercanggah dengan nas samaada dengan takwil atau hakiki, jika bercanggah WAJIB ditinggalkan.

3)- Akidah As-Syairiyyah dan Isu sampai pahala selepas mati
Aqidah al-Asy'ariyah adalah pegangan yang banyak di pegang oleh masyarakat di Malaysia hampir 100% muslim di Malaysia. Akidah ini adalah benar dan ulamak tidak mengkufurkannya. Ayat Al-Quran jelas tentang Allah ada di mana-mana. Menolak ayat ini adalah kufur sebab kita manusia beriman wajib 100% beriman dengan Al-Quran.
Berkenaan Imam Mekah atau mufti Mekah ustaz percaya dia seorang yang beriman dan bagaimana kepercayaan nya itu atau apa mazhabnya ustaz tidak tahu.Tetapi ustaz yakin Imam dan Mufti Mekah pasti tidak menolak ayat Al-Quran "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah"  atau ayat-ayat lain seumpamanya. Samaada dia mentakwil dengan ilmu Allah atau dia kekalkan dengan wajah Allah kesemua ijtihat tersebut adalah benar.
Jika sekiranya Imam Mekah atau Madinah mentakwilkan ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" dengan ilmu, maka ianya adalah sama dengan takwilan seperti yang di takwil oleh sebahagian mutaakhirin dengan mentakwilkan "Tangan / Yad" dengan kekuasaan dan sebagainya lagi. Mentakwilkan apa-apa sifat Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan penggunaan bahasa Arab tidak akan menyebabkan sesaorang itu kufur kepada Allah! Yang menjadi kufur ialah contohnya apabila sesaorang dibacakan kepadanya ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" maka dia menolak ayat itu dan menyatakan Allah tetap dilangit (dan dalam masa yang sama menolak nas Al-Quran yang sahih tersebut, Ini kufur secara ittifaq ulamak).
Sebab itulah seorang yang alim mereka tidak akan membangkang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-quran sebab mereka tahu itu adalah benar dan muktamad. Yang jadi masaalah ialah masyarakat awam yang mengikut akidah secara membabi buta. Semaga Allah mengampuni mereka atas kejahilan mereka. Kita hanya menyeru mereka kepada Nas Al-Quran sahaja.
Dibawah adalah pendapat Imam As-Syafie tentang Allah dan tempat:
Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud

dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan

Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka

tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada

pertukaran pada sifat-Nya”.

Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Nabi Bersabda "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya silap akan dapat satu pahala" Dari hadis sahih ini jelas menunjukkan Ijtihad tidak akan memasukkan sesaorang ke dalam neraka.
Selain itu saudara tidak berhak untuk memaksa orang lain supaya ikut dengan ijtihad yang dipegang oleh orang lain (atau ijtihad yang dipegang saudara sendiri). Sebab itulah ulamak menyatakan "Ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain". Selama mana berpegang dengan Al-Quraan dan hadis maka mereka adalah benar.
Contoh Ijtihad yang lain adalah seumpama ulamak yang berijtihad bahawa pahala baca quraan  atau tahlil sampai kepada si mati dalilny seperti berikut:
1)- Firman Allah “Dan golongan yang datang kemudian selepas itu berkata “Ya Allah tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang beriman sebelum kami.....” Jika doa yang diajar oleh Allah di dalam al-Quraan ini boleh memberi manfaat untuk si mati, inikan pula bacaan Al-Quran untuk saudara muslim yang lain.
2)- Nabi mengerat pelepah tamar dan di pacak dikubur. Jika zikir dari pelepah tamar memberi manfaat inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
3)- Nabi bersabda "Mintalah keampunan untuk saudara kamu, sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh malaikat)" jika minta ampun dan doa dari orang asing boleh memberi manfaat untuk si mati walaupun bukan dari amalannya, inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
4)- Perbuatan Salaf antaranya Aisah Ummul Mukminin membebaskan hamba untuk saudaranya yang mati.
5)- 4 mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menyatakan boleh seorang muslim membuat haji utk muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah. Berdasarkan ijtihad empat Imam mazhab ini yang diambil dari nas hadis adalah jelas bahawa pahala akan diperolehi oleh si mati. Begitu juga dengan membaca Al-Quran atau tahlil dan sebagainya untuk si mati.
Banyak lagi hujah-hujah lain selain dari dalil di atas. Adapun ayat-ayat Al-Quraan / hadis yang saudara nyatakan itu adalah secara umum sahaja sebagaimana takwilan oleh sebahagian ulamak. Contoh yang hampir sama hadis 10 orang yang dijamin syurga. Sebenarnya bukan hanya 10 orang yang dijamin syurga, ramai yang di jamin syurga oleh nabi s.a.w. Cuma 10 orang itu hanyalah yang disebut dalam satu hadis secara sekaligus. Sebab itulah kefahaman yang mendalam berkaitan hadis dan Al-Quran adalah amat diperlukan. Jesteru menggali dalil-dalil syariah adalah amat penting.
Dalam hadis Qudsi Allah bersabda " Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, Maka hendaklah bersangka baik terhadapku". Berdasarkan hujah-hujah yang banyak ustaz bersangka Allah akan menyampaikan pahala tersebut. Ini adalah sebahagian dari kemurahan sifatnya. tiada yang mustahil baginya.
Jika saudara bersangka Allah tidak akan menyampaikan pahala dengan hujah-hujah saudara, saya yakin dan pasti Allah akan melayan saudara sebagaimana sangkaan saudara itu sebagaimana hadis sahih di atas. Semoga keyakin/ sangkaan saudara akan dikabulkan Allah untuk diri saudara. Amin ya Rabbal Alamin.

4) – Berkenaan Bidaah, perhatikan hadis dan ayat Al-Quran di dalamnya berkaitan Bidaah. (Bezakan antara nas dan bukan nas)
Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak. (Isu ini timbul dari pertanyaan : Bukan tak ada dalil yg menghalang bacaan yassin mlm jumaat tapi tak ada sunnah(tiada contoh dari nabi walaupun dipandang baik kerana baca quraan).itulah sebabnya perlu dijauhkan.Fahaman maksud bidaah oleh ulamak sunnah(salaf) seperti ibnu taimiyyah,imam as-syathibi,imam al-hafizh ibnu rajab al-hanbali ,imam sufyan ats-tsaury adalah berlainan dari apa yg ustaz jelaskan.) Jawapannya : Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak Kenapa saudara tak ambil takrif bidaah (pengertiannya atau pembahagiannya) di sisi Imam Syafie atau Imam Nawawi atau Ibn Hajar Al-Asqalani atau Ibn Hajar Al-Haitami atau Imam Al-Ghazali atau Imam Izzuddin bin Abd Salam dan ramai lagi imam-imam yang lain?.... atau kata-kata Saidina Umar sendiri (antara salaf / solafussoleh yang paling hebat)? Kenapa?
Walau apa pun, semua kata-kata atau pandangan atau ijtihad manusia boleh diterima (Jika bertepatan dengan nas) dan boleh di tolak (Jika menyalahi nas) kecuali Al-Quran dan Hadis. jesteru itu saya menyeru saudara agar kembali kepada al-quran dan hadis nabi s.a.w.
Adakah contoh nabi dan para sahabat membaca Al-Quran yang ada baris dan ada titik? Adakah membaca Al-quran satu maksiat atau satu Ibadat? Kenapa saudara tidak solat di atas pasir sebab itulah contoh yang ada dari Nabi s.a.w?. Bukankah ada yang berhujah tidak boleh guna tasbih ketika berzikir sebab Ibn Umar ada melarangnya sebab bidaah? Jika hujah ini di ikuti maka sudah pasti Ibn Umar akan lebih marah orang meletakkan baris dan titik pada Al-Quraan!!!. Meletakkan titik dan baris pada Al-Quran dalam ungkapan lain ialah menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang lain yang bukan dari Al-Quran. Sebab itulah terdapat fatwa ulamak tentang hukum menulis / menconteng / menanda sesuatu pada Al-Quran. Ibn Umar sudah pasti amat marah sesiapa yang sanggup menconteng Al-Quran, menconteng kitab suci yang paling mulia, kitab yang tidak ada tandingannya, yang merupakan sumber hukum utama ummat Islam. Ini kerana Ibn Umar boleh membaca Al-Quran dengan sempurna tanpa diletakkan baris dan titik (tanpa sebarang contengan), begitu juga Salman Al-Farisi seorang ajam seperti saya dan saudara mampu membaca Al-Quran dengan baik tanpa baris dan titik! (disinilah penting nya belajar), begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Jesteru itu membuat sebarang catatan / penulisan pada Al-Quran adalah satu bidaah yang amat besar dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan Ibn Umar. Persoalannya: Mampukah saudara membaca Al-Quraan tanpa baris dan titik? bolehkah saudara bezakan antara huruf "ba" "ta" “tha” “nun” "ya" begitu juga “jim” “ha” “kha”  dll? Tidak ada contoh dari Nabi s.a.w adalah hujah yang lemah untuk menjadikannya sebagai larangan dan untuk dipegang apabila kita memahami hadis-hadis sahih di bawah. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w yang mana kita lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Larangan terhasil di sisi syarak apabila ada tegahan dari Al-Quran atau hadis nabi s.a.w berdasrkan nas yang sahih. Kenapa kita tidak berzina, mencuri, minum arak, makan babi, bangkai, berjudi, tidak dibenarkan kahwin lebih dari empat bagi yang mampu dll? Semuanya kerana ada larangan dan dalil yang sorih dari nas syarak dan bukan kerana Nabi meninggalkannya dan tidak melakukannya!.
Mengulas lanjut pengharaman menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat begitu juga pengharaman menggunakan tasbih di atas maka sudah tentu meletakkan baris dan titik pada Al-Quran adalah satu bidaah yang jelas dilarang oleh Ibn Umar walaupun manusia mengganggapnya sebagai baik. Ibn Umar tidak perlu kepada baris dan titik untuk membaca Al-Quraan jesteru itu kenapa perlu diletakkannya?. Sebab ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak ada sunnah pada perbuatan itu. Yang ada hanyalah Nabi memerintahkan suruh belajar dalam hadis yang banyak. Antaranya contohnya bagaimana tawanan perang Badar di tawarkan pembebasan jika mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga pandai membaca dan menulis (termasuk pandai membaca Al-Quran yang tanpa baris dan titik). Jesteru, kita juga perlu belajar sebagaimana mereka belajar, jika mereka boleh kenapa kita tidak boleh?.
Jesteru demi menyesuaikan hujah ini dengan pandangan saudara di atas adakah kita perlu menyatakan bahawa kita ummat Islam hari ini perlu meninggalkan pembacaan Al-Quran yang ada baris dan titik? (sebab tiada sunnah! Dan Ibn Umar pun tak buat! Menggunakan tasbih untuk berzikir pun Ibn Umar Marah, Inikan pula menconteng Al-Quran!). Adakah membaca Al-Quran yang ada baris dan titik adalah satu bidaah yang sesat dan akan masuk neraka apabila membacanya? (sebab semua bidaah adalah sesat dan akan masuk neraka!). Walaupun ianya di anggap baik oleh semua ummat manusia di atas muka bumi ini? (Ianya baik kerana memudahkan pembacaan Al-Quran, Sebenarnya kita masih boleh membaca Al-Quran walaupun tiada baris dan titik seumpama kita boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja atau boleh juga membaca ayat-ayat lazim walaupun di buang baris dan titik. Ini menunjukkan kita boleh melakukannya dan tidak perlu kepada baris dan titik Cuma perlu lebih lagi pembelajarannya untuk diluaskan pembacaannya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Salman Al-Farisi salah seorang yang bukan Arab dari sahabat nabi atau anak-anak sahabat yang lain. Walaupun titik dan baris itu baik kita perlu menolaknya!) Dan walaupun tidak ada larangan dari nabi s.a.w untuk kita lakukanya sebab tidak bercanggah dengan nas syarak!, yang penting tiada sunnah!. Kita mesti mempertahankan nya dengan “tidak boleh”??. Adakah ini sikap pilihan kita???
Adakah takrif Bidaah yang lebih penting atau nas Al-Quran dan Hadis??? yang mana pilihan saudara?? sila fahami nas-nas dibawah dengan dada yang lapang tanpa taksub kepada yang lain kecuali Al-Quran dan Sunnah sahaja.
Pendapat saudara ada kekurangannya dan ianya bertentangan dengan nas yang sahih.
Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagan Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut
"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka" Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.
Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.
manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari satu riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan kata-kata lain seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum, hadis sahih dan athar lain yang sahih. Kenapa kita perlu mempertahankan pendapat kita yang salah sedangkan jelas ianya bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih?. Adakah pendapat kita yang penting atau hadis sahih?.
Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunia semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Saya menyeru saudara dan golongan lain yang seumpama saudara supaya kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.
Jika ada yang menyatakan bahawa kata-kata Saidina Umar dan Imam Syafie tentang bidaah hanyalah dari segi bahasa sahaja, maka mereka telah silap sebab tidak ada “karinah” dalam kenyataan ke dua-dua nya yang menunjukkan penggunaannya adalah dari segi bahasa sahaja. Saidina Umar atau Imam Syafie pun tidak menyatakan ianya hanyalah dari segi bahasa sahaja. Oleh itu yang tinggal hanyalah pada asal penggunaan perkataan nya  iaitu istilah sahaja. Ini sesuai dengan keterangan dua hadis bidaah dia atas atau yang lain seumpamanya yang difahami oleh Saidina Umar dan Imam Syafie. Yang memahami nas hadis-hadis dengan baik dan sempurna. Inilah yang difahami oleh Imam yang ramai termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani yang mentafsirnya dalam kitab Fathul Bari.
Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".(“At-tarku la yadullu ala at-tahrim”).
Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101
{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. Secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.
Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi. Ini sesuai dengan kedudukan ulamak yang dinyatakan oleh nabi s.a.w “Ulamak adalah pewaris para nabi”.
Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.
Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "TINGGALKAN APA YANG AKU TINGGALKAN UNTUK KAMU, sesungguhnya telah musnah kaum sebelum kamu dengan sebab banyak bertanya mereka itu terhadap nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini (Nabi tak suruh dan nabi tak larang) juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan siapa yang betul ijtihadnya akan dapat dua pahala manakala yang silap akan dapat satu pahala. Nabi tidak menyatakan siapa yang silap dalam ijtihad masuk neraka. Masuk neraka hanyalah dengan sebab melakukan maksiat atau bidaah yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah. Manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah dibenarkan oleh nas syarak yang banyak.
Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat / dicela iaitu yg bercanggah quraan dan hadis  2)- Bidaah yang di bolehkan / terpuji iaitu yg menepati nas Al-Quraan dan hadis. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka" dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Perkaitan antara dua hadis ini adalah jelas. Sila renung perkataan SESAT dalam kedua-dua hadis di atas, satu hadis menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan SESAT dalam satu hadis lagi. Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian. Kefahaman Imam syafie ini adalah amat jauh berbeza bahkan bertentangan dengan pendapat yang menyatakan semua bidaah adalah sesat yang merupakan kefahaman yang "nakis" (kefahaman tidak mendalam) tentang hadis nabi s.a.w.
Apabila kita menghayati hadis sahih "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah"  maka kita akan dapati rasullah s.a.w menggunakan lafaz "LAN" yang memberi erti "kamu selama-lamanya tidak akan sesat". Orang yang mempelajari bahasa arab akan faham tentang perbezaan antara "LAN" dengan " LA" dengan mudah. Jesteru itu apabila sesaorang menyatakan perbuatan seperti membaca YASIN tiap-tiap malam jumaat adalah haram maka kita perlu bertanya mereka kembali dimanakah dalil nabi menyatakan bahawa baca Yasin tiap-tiap malam jumaat adalah haram? Perlu diingat bahawa halal dan haram adalah milik Allah oleh itu jangan kita menjadi seorang pendusta kepada Allah s.w.a. tanpa dalil yang sahih. Pendustaan terhadap Allah s.w.a adalah amat berat hukumannya. Berdusta terhadap Nabi s.a.w sudah cukup untuk melayakkan sesaorang menempah neraka Allah dengan pasti. Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di dalam neraka”. Allah melarang kita menyatakan halal dan haram di dalam perkara yang tidak dinyatakannya sedemikian atau tanpa dalil dari Allah dan Rasulnya, ianya adalah sebagai satu pembohongan terhadap Allah tuhan sekelian alam, tentang perkara ini Allah berfirman:
"Jangan kamu katakan apa diucapkan oleh lidah kamu yang dusta, ini halal dan ini haram, untuk melakukan pembohongan terhadap (agama)Allah dengan pendustaan. sesungguhnya mereka yang melakukan pendustaan terhadap Allah tidak akan berjaya"
Ringkasnya pendapat saudara tentang bidaah adalah bercanggah dengan nas yang sahih. Jesteru itu saya mencadangkan saudara meninggalkan fahaman yang bercanggah dengan nas yang sahih dan kembali kepada nas yang betul untuk keselamatan dunia dan akhirat serta tidak berdusta terhadap Allah dan Rasulnya.

Golongan Wanita Mudah Masuk Syurga

Seseorang wanita yang melaksanakan 4 perkara yang akan saya nyatakan disini,maka mereka berhak untuk memilih syurga yang mereka suka :

1. Jaga Solat
2. Jaga Puasa
3. Taat kepada suami
4. Jaga kemaluan

barang sesiapa dikalangan wanita yang melaksanakan perkara yang telah dinyatakan di atas degan baik dan sempurna maka di akhirat nanti mereka akan ditempatkan di syurga yang mereka inginkan

Selawat Menaikan Darjat

Sebenarnya terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan oleh manusia untuk menaikkan darjatnya,namun begitu pada post ini saya hanya akan memfokuskan salah satu daripada amalan tersebut. Amalan tersebut adalah berselawat ke atas Nabi Muhammad.

     Memang telah diyakii bahawa amalan berselawat kepada Rasulullah adalah antara amalan sunat yang sepatutnya banyak dilakukan kerana selawat adalah antara amal ketaatan yang paling afdal dan amal yang piling mulia yang dapat mendekatkan diri kita kepada ALLAH.

     Oleh itu terdapat satu hadis yang menyatakan amat lah rugi bagi orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

    Maksudnya : "tidak duduk suatu kaum di suatu majlis sedangkan mereka tidak berselawat ke atas rasulullah di majlis tersebut,melainkan mereka akan mengalami penyesalan,sekalipun mereka masuk ke dalam syurga kerana mereka melihat pahala berselawat"

       Oleh itu marilah kita bersama-sama mengamalkan amalan berselawat kerana ianya dapat menjadikan kita senang di akhirat kerana dapat memperoleh syafaat daripada RASULULLAH S.A.W

Kelebihan Istighfar

1. MENGGEMBIRAKAN ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda, “Sungguh Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya daripada kegembiraan salah seorang dari kalian yang menemukan untanya yang hilang di padang pasir.” (HR. Bukhari dan Muslim).
2. DICINTAI ALLAH
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang mensucikan diri.” (QS.al-Baqarah: 222). Rasulullah bersabda, “Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. Orang yang bertaubat atas dosanya, bagaikan orang yang tidak berdosa.” (HR.Ibnu Majah)
3. DOSA-DOSANYA DIAMPUNI
Rasulullah bersabda, “Allah telah berfirman, "Wahai hamba-hamba-Ku, setiap kalian pasti berdosa kecuali yang Aku jaga. Maka beristighfarlah kalian kepada-Ku, nescaya kalian Aku ampuni. Dan barangsiapa yang meyakini bahwa Aku punya kemampuan untuk mengampuni dosa-dosanya, maka Aku akan mengampuninya dan Aku tidak peduli (beberapa banyak dosanya).” (HR.Ibnu Majah, Tirmidzi)
Imam Qatadah berkata,”Al-Qur’an telah menunjukkan penyakit dan ubat kalian. Adapun penyakit kalian adalah dosa, dan ubat kalian adalah istighfar.” (Kitab Ihya’Ulumiddin: 1/410).
4. SELAMAT DARI API NERAKA
Hudzaifah pernah berkata, “Saya adalah orang yang tajam lidah terhadap keluargaku, Wahai Rasulullah, aku takut kalau lidahku itu menyebabkan aku masuk neraka’. Rasulullah s.a.w bersabda,’ Dimana posisimu terhadap istighfar? Sesungguhnya, aku senantiasa beristighfar kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari semalam’.” (HR. Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim dan dishahihkannya).
5. MENDAPAT BALASAN SYURGA
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.”(QS. Ali’Imran: 135-136).
6. MENGECEWAKAN SYAITAN
Sesungguhnya syaitan telah berkata,”Demi kemuliaan-Mu ya Allah, aku terus-menerus akan menggoda hamba-hamba-Mu selagi roh mereka ada dalam badan mereka (masih hidup). Maka Allah menimpalinya,”Dan demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku senantiasa mengampuni mereka selama mereka memohon ampunan (beristighfar) kepada-Ku.”(HR.Ahmad dan al-Hakim).
7. MEMBUAT SYAITAN PUTUS ASA
Ali bin Abi Thalib r.a pernah didatangi oleh seseorang, "Saya telah melakukan dosa’. 'Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’, kata Ali. Orang itu menjawab,’Saya telah bertaubat, tapi setelah itu saya berdosa lagi’. Ali berkata, ‘Bertaubatlah kepada Allah, dan jangan kamu ulangi’. Orang itu bertanya lagi,’Sampai bila?’ Ali menjawab,’ Sampai syaitan berputus asa dan merasa rugi.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 73).
8. MEREDAM AZAB
Allah berfirman, "Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.”(QS.al-Anfal: 33).
9. MENGUSIR KESEDIHAN
Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
10.MELAPANGKAN KESEMPITAN
Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
11. MELANCARKAN REZEKI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Sesungguhnya seorang hamba boleh tertahan rezekinya kerana dosa yang dilakukannya.” (HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah).
12. MEMBERSIHKAN HATI
Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
13. MENGANGKAT DERAJATNYA DI SYURGA
Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
14. MENGIKUTI SUNNAH RASULULLAH
Abu Hurairah berkata,”Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, 'Demi Allah, Sesungguhnya aku minta ampun kepada Allah (beristighfar) dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali’.”(HR.Bukhari).
15. MENJADI SEBAIK-BAIK ORANG YANG BERSALAH
Rasulullah bersabda,”Setiap anak Adam pernah bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang segera bertaubat.”(HR.Tirmidzi, Ibnu Majah, al-Hakim).
16. BERSIFAT SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG SEJATI
Allah berfirman,”Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Yaitu) orang-orang yang berdo’a:”Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka,”(iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap ta’at, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun (beristighfar) di waktu sahur.”(QS.Ali’Imran: 15-17).
17. TERHINDAR DARI MENJADI ORANG YANG ZALIM
Allah berfirman,”…Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”(QS. al-Hujurat: 11)
18. MUDAH MENDAPATKAN ANAK
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka:”Mohonlah ampun (istighfar) kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS.Nuh: 10-12).
19. MUDAH MENDAPATKAN AIR HUJAN
Ibnu Shabih berkata,”Hasan al-Bashri pernah didatangi seseorang dan mengadu bahwa lahannya tandus, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain yang mengadu bahwa kebunnya kering, ia berkata, ‘Perbanyaklah istighfar’. Lalu ada orang lain lagi yang mengadu bahwa ia belum punya anak, ia berkata,’Perbanyaklah istighfar’. (Kitab Fathul Bari: 11/98)
20. BERTAMBAH KEKUATANNYA
Allah berfirman,”Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (QS. Hud: 52)
21. BERTAMBAH KESEJAHTERAANNYA
Allah berfirman,”Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”(QS.Nuh: 10-12).
22. MENJADI ORANG YANG BERUNTUNG
Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31).
Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).
23. KEBURUKANNYA DIGANTI DENGAN KEBAIKAN
Allah berfirman, "Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Furqan: 70).
“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.”(QS. Hud: 114).
24. BERCITRA SEBAGAI ORANG MUKMIN
Rasulullah bersabda,”Tidak seorangpun dari umatku, yang apabila ia berbuat baik dan ia menyedari bahawa yang diperbuat adalah kebaikan, maka Allah akan membalasnya dengan kebaikan. Dan tidaklah ia melakukan suatu yang tercela, dan ia sadar sepenuhnya bahwa perbuatannya itu salah, lalu ia mohon ampun (beristighfar) kepada Allah, dan hatinya yakin bahawa tiada Tuhan yang boleh mengampuni kecuali Allah, maka dia adalah seorang Mukmin.”(HR.Ahmad).
25. BERKEPERIBADIAN SEBAGAI ORANG BIJAK
Seorang ulama berkata,”Tanda orang yang arif (bijak) itu ada enam. Apabila ia menyebut nama Allah, ia merasa bangga. Apabila menyebut dirinya, ia merasa hina. Apabila memperhatikan ayat-ayat Allah, ia ambil pelajarannya. Apabila muncul keinginan untuk bermaksiat, ia segera mencegahnya. Apabila disebutkan ampunan Allah, ia merasa gembira. Dan apabila mengingat dosanya, ia segera beristighfar.” (Kitab Tanbihul Ghafilin: 67).